HELL and his life.....

YESAYA26:9: "Jiwaku merindukan Engkau pada waktu malam, aku mencari Engkau dengan segenap hati, apabila Engkau menghakimi bumi kelak, penduduknya akan mengetahui makna keadilan"

Wednesday, February 2, 2011

Kehidupan ku sepanjang bersama Yesus

Hai..kali ni egai akan menceritakan kisah sepanjang egai bersama Tuhan yang tak pernah jemu-jemu bersama egai...walau susah bagaimanapun Dia tetap bersama ku..walaupun tak layak dihadapanNya..Dia tetap bersamaku...thanks God

Kesaksianku

Sebelum beriman kepada Yesus
Kehidupan ku sebelum mengenal Yesus secara peribadi adalah sungguh gelap dan penuh dengan pemberontakkan dan keganasan dari dalam diriku sendiri. Semua dihadapan mataku adalah kebencian, keangkuhan, dan hiburan semata-mata. Walaupun diangga anak yang baik di dalam keluarga dan harapan sekaligus itu membuat aku lebih mengambil kesempatan untuk menggunakan nama "kebaikan" untuk memberontak dan berjalan di atas kayu dosa. Banyak dosa yang kulakukan masa itu seperti menipu, minuman keras, tidak menghormati ibu bapa, dan banyak lagi keinginan daging yang menguasai kehidupan ku masa itu. Apatah lagi apabila tiada siapa yang memimpinku menuju kehadapan Tuhan pada waktu itu. Ku dihanyutkan oleh dosa ku tanpa ada teguran dan pertolongan daripada kawan-kawan ku, keluarga ku, dan orang lain. Zaman persekolahan ku pada peringkat menengah ku penuhi dengan hiburan-hiburan keras yang semestinya tak diingini oleh Tuhan. Aku terjebak dengan muzik-muzik yang dipermainkan dan didendangkan oleh iblis. Ketika itu jiwaku memberontak dan pelbagai ucapan penghujatan berlaku pada masa itu disebabkan aku pekak kerana mendengar muzik-muzik tersebut. Aku dikuasai oleh roh-roh jahat yang sentiasa ingin melawan keagamaan dan Tuhan ku. Melalui muzik-muzik ini aku belajar ucapan dan perkataan menghujat Tuhan yang sering diungkap oleh mereka. Iblis ketika itu membutakan mataku dan memekakkan telinga ku untuk mendengar pujian dan penyembahan, dan melihat kebesaran Yesus. Sikap ku menjadi berubah dengan terjebak dengan alkohol hanya kerana ada masalah peribadi yang membelengu. Masa itu tiada kekuatan yang mempu melawan bisikan iblis dan keinginan daging ku sendiri. Tiada satupun yang menegur ku baik melalui perkataan dan perbuatan dan semua hanya mengangguk. Walaupun hati memberontak tapi ketenangan itu masih sedikitpun tidak dikecapi oleh ku melalui memberontak bersama iblis menentang Tuhan yang Maha Pengasih. Pada masa tersebut, aku masih membenci semua pemimpin gereja kerana tidak layak melakukan pekerjaan Tuhan seperti mengambil atau mecuri persepuluhan dan pemberian, dan juga ada di antara mekera masih terikat dengan alkohol dan kemabukan. Itulah yang membuat hatiku makin keras untuk tidak memandang kepada jalan Tuhan yang luas itu.Hari demi hari ku tetap lalui dengan keinginan ku sendiri tanpa mengandalkan Tuhan dalam apa jua keputusan yang aku fikirkan dan buat. Malah aku sendiri pun tak pernah berdoa sebelum memulakan sesuatu dalam kehidupan kerana bagiku pada masa itu semuanya terletak pada takdir..Jika itu yang terjadi, itulah dia. Tiada apa yang mempengaruhi takdir itu.

Mula Mengenal Tuhan
 Walaupun hari-hari berlalu dengan tiadanya pegangan kepada Tuhan walaupun dilahirkan secara fizikal atas nama Kristen, aku tetap ada kerinduan untuk mencari ketenangan dan kekuatan dalam hati ku. Ini semua kerana jika aku menghadapi sesuatu perkara buruk atau masalah, aku tidak mempunyai sebarang pegangan yang kukuh dan kekuatan pada masa itu. Dan untuk menghabiskan semua masalah itu aku cuma memikirkan jalan singkat iaitu bergembira bersama iblis. Pada 2005, saya mula mengenal Yesus itu secara peribadi nya melalui kawan saya iaitu Ipus dan sekarang dia da Pst Filipus. Dialah yang gigih menceritakan kepada saya siapa Yesus itu sebenarnaya, mengajar saya konsep kesucian triniti Allah Bapa,Allah Anak , dan Roh Kudus, dan banyak lagi konsep atau perumpamaan di dalam Alkitab. Hari demi hari aku mula mengerti bertapa besarnya kasih Tuhan terhadap ku yang sanggup turun daripada keputihan takhtanya di syurga hanya kerana ingin turun ke dunia yang kotor ini untuk menebus dosa kita. Saya kagum dengan keindahan karya Tuhan dan segala kebaikanNya melalui peribadi Yesus. Saya bersyukur kerana ditemukan kepada seorang kawan yang banyak memberi pengajaran kepada ku tidak pernah putus-putus. Pada masa kerinduan itu datang, saya banyak menghabiskan masa membaca buku Kristen dan Alkitab, oleh kerana itu setiap kali saya bangun dari tidur..perkara pertama yang saya sentuh adalah Alkitab dan berdoa. Segala sikap saya pada masa itu ternyata berubah daripada mendengar muzik duniawi dan satanisme kepada mendengar lagu-lagu rohani yang mampu beri ku ketenangan. Sikap saya yang panas baran dulu dan selalu melawan ibu bapa semakin menghilang dan perubahan itu datang tanpa saya sedari. Segala macam pemberontakkan yang saya lihat hampir setiap hari dalam kehidupan saya selama ini semakin pudar dengan mengenal keindahan peribadi Yesus.Kerinduan itu lebih kuat apabila saya dikaruniakan dengan kuasa penyembuhan dan doa dimakbulkan. Saya sungguh berterima kasih pada Tuhan kerana sudi memandang saya yang sudah lama menjadi domba yang tersesat dan kini sudah hidup kembali dalam nama Kristus. Aku dapat rasakan kehidupan baru dan bersedia berjalan di atas nama Kristus setiap hari. 

Penghujung 2005
Penghujung 2005, aku dapat rasakan yang keputusan SPM ku akan teruk kerana persiapan ku menghadapi ujian berkenaan tidak mencukupi. Walaupun tidak tidur semalaman untuk belajar, aku tetap tidak yakin akan keputusan ku kelak. Jadi aku punya satu pengharapan iaitu berdoa dan mengandalkan Tuhan sentiasa sepanjang masa itu. Aku berdoa dan berbicara kepadaNya.."Tuhan, jika Engkau berkenan..Kau lepaskan aku dengan keputusan yang baik daripada persiapan ku melalui ujian ini. Jika Engkau berkenan dan menyatakan kemurahanMu, aku siap bersedia menjadi laskar dan penuai akhir zaman sepenuh masa". Itulah harapan ku sepanjang menanti keputusan SPM ku. Aku akhirnya dibaptis di Assap pada tahun 2005 sempena Konvensyen Muda Mudi di Uma Bawang dan aku rasa sungguh gembira kerana dilepaskan oleh beban dosa. Semua nya terjawab di depan Klinik Kesihatan Belaga, aku dan kawan-kawan ku mendapat keputusan di Assap menerusi call ke pejabat So, lepas itu aku berdoa kepada Tuhan.."Tuhan, kau telah menunjukkan kasih mu dengan keputusan ku yang tak mungkin ku capai sendiri tanpa campur tangan Mu, Terima Kasih Tuhan...dan mulai hari ini Kau tunjukkanlah jalanku untuk menuju menjadi seorang laskar Kristus dan penuai akhir zaman sepenuh masa"...tapi semua itu terhalang oleh keluarga ku sendiri...mereka hendak melihat ku berjaya dalam pelajaran dengan menyertai UiTM...tetapi hatiku bukan untuk pendidikan duniawi..hatiku bukan untuk itu!...bukan!!!!!....aku berdoa sekali lagi.."Tuhan jika inilah jalanMu yang engkau tadahkan untukKu, ku akan menempuhiNya sebelum aku menjadi laskar Kristus sepenuh masa..."...Jadi buat kali pertamanya aku meninggalkan Belaga untuk melanjutkan pelajaran ke mukah...

UITM MUKAH
Kepergian ku ke mukah banyak mengajar aku erti sebuah karunia dan syukur. Di mukah, aku sangat jatuh dalam iman ku..tiada siapa yang membimbing aku sepetimana Pst Filipus dulu membimbing aku. Aku sekali lagi terjatuh dan yang menyedihkan, aku tidak lagi punya karunia penyembuhan dan doa makbul. Semua iman ku runtuh tapi masih terkawal dan aku dapat rasakan yang Tuhan tak berkenan lagi bersama ku. Tetapi aku salah sebab Dia sentiasa berserta ku.

KUCHING
Setelah tamat pengajian peringkat sijil di mukah, aku ditawar untuk menyambung pengajian di Kuching. Sekali lagi aku berdoa kepada Tuhan.."Tuhan, apakah ini jalan yang Kau beri sekali lagi untuk ku? Aku sungguh merindukan Mu untuk melayani sepenuh masa, Keu percepatkan jalan ku Tuhan"..Pada awalnya di Kuching, aku masih mempunyai iman yang mentah mengenai Kristen itu sendiri dan senang digoyahkan. Dan semuanya bermula apabila seseorang menanyakan aku tentang iman ku...semua soalannya tidak dapat aku jawabkan, malah aku terkejut dengan semua pertanyaan nya. Aku malu dimata Tuhanku kerana tidak dapat menjadi saksi dan pengantara Yesus untuk bersaksi tentang Tuhan ku sendiri. Selepas kejadian itu aku banyak menghabiskan masa ku dengan mengkaji agama-agama lain dan dogma-dogma Kristen yang lain. Aku mula mengetahui perbezaan agamaku dan agama yang lain. Hari demi hari iman ku tumbuh semula dan aku gigih menyampaikan khabar baik kepada yang tidak percaya dan kepada penganut Kristen yang lain. Selama detik itu aku dapat rasakan bertapa dekatnya Tuhan ku yang ku anggap telah lama meninggalkan aku selama aku jatuh..ternyata aku salah.

KESAKSIAN KU DAN YEN
Ini adalah kesaksian singkat yang banyak menumbuhkan iman ku. Biarlah aku menceritakan segalanya dari awal. Aku sama sekali tidak mengenali Yen sebelum ini, tetapi hkerana pekerjaan Tuhan yang ajaib, kami telah berkenalan dan berkongsi iman tentang Kristus. Semuanya bermula apabila Yen melalui perkara yang bukan kebiasaanya; peristiwa ini apabila Yen melangkah masuk ke dalam perpustakaan dan dia terdengar ada suara yang menyebut nama ku...tetapi mengikut akal manusia, bukankah sebuah perpusatakaan itu seharusnya senyap??..dan dikatakan suara itu sungguh kedengaran. Yen pun bertanya kepada kawan-kawan nya dan banyak yang memberi mungkin suara itu dari roh jahat. Yen juga berkongsi dengan ahli keluarga nya dan ahli keluarganya menyarankan agar untuk berdoa bagi perkara itu. Semua nya terjawab apabila Yen kali pertama mendengar nama ku disebut oleh rakan-rakan nya yang juga rakan kepada kawan ku. Yen mengambil langkah untuk menghubungi aku dan aku pun terkejut dengan perkara itu. Aku pun mengarahkan agar kami berdua untuk berpuasa dan berdoa untuk perkara ini. Tak lama selepas itu, Yen mendapat lagi sebuah penglihatan akhir zaman di mana semua orang yang percaya diangkat ke Syurga dan dipanggil peristiwa pengangkatan, yang terjadi sebelum “Penderitaan Besar” yang dinubuatkan dalam Matius 24-25; Markus 13 dan Lukas 21. Yen dan aku mula tekun berdoa untuk hal ini agar Tuhan menggunakan dia dengan lebih menyeluruh pada ketika itu. Tuhan itu Kasih adaNya kerana tak pernah meninggalkan anak-anakNya walaupun kami masing-masing bergumul dengan masalah peribadi masing-masing, Tuhan tak pernah tinggalkan kami. Dan kini Yen berada di Miri, aku cuma mengharapkan agar masing memberi dorongan kerana sama-sama memerlukan anatara satu sama lain dan memegang kesaksian yang belum disaksikan. 

DEGREE
Selepas tamat pengajian ku di peringkat diploma, sekali lagi aku bergumul dan bertanya kepada Tuhan; "Tuhan, bila kah Engkau akan mengambil ku sebagai penuai Mu sepenuh masa??..aku tak sanggup menunggu lagi..berilah aku jalan Tuhan.."...Tuhan menjawab,..."Masamu akan tiba..persiapkanlah dirimu.."..aku mengeluh kerana terlalu lama menanti untuk melayani...dan kini aku kena melalui satu lagi fasa dalam penantian ku...walaupun fizikal ku di sini, keinginan rohani dan hati ku sepenuhnya untuk melayani dan menyelamatkan banyak jiwa.

HARAPAN KU
Harapan ku setelah jauh dan lama melalui jalan-jalan kehidupan yang sungguh diberkati, aku mengharapkan agar 
1) banyak jiwa yang diselamatkan  pada akhir zaman ini selagi sempat
2) keluarga ku menemui  kasih Kristus yang ku pernah dan sentiasa alami sepanjang hariku
3) kesaksian ini akan dikongsikan bersama untuk menjadi berkat dan bahan kesyukuran
4) agar diriku menjadi laskar Kristus yang berjaya dan setia hingga akhir hayat ku...

" KEMANA PUN AKU AKAN PERGI, AKU AKAN BERSAKSI TENTANG KEBAIKAN MU"
YESAYA26:9: "Jiwaku merindukan Engkau pada waktu malam, aku mencari Engkau dengan segenap hati, apabila Engkau menghakimi bumi kelak, penduduknya akan mengetahui makna keadilan"