HELL and his life.....

YESAYA26:9: "Jiwaku merindukan Engkau pada waktu malam, aku mencari Engkau dengan segenap hati, apabila Engkau menghakimi bumi kelak, penduduknya akan mengetahui makna keadilan"

Friday, October 21, 2011

21-10-2011

Hi blog..sorry dah lama btol dah tak update ngan blog ni...busy sangat ngan pratikal,research,kksbe, dan aktiviti2 lain...hingga mengabaikan kamu. Dah banyak benda yang Egai lalui tanpa mencatatkannya dalam blog.
Last Egai update bulan May...huhuhu..lama juga kan...skang dah bulan oktober....ada banyak perkara Egai nak kongsikan dengan blog....mulai hari ni Egai nak gelarkan blog ni "MyB" shortname untuk MyBlog..eheheh ok la tu..hope MyB tak kisah yer...
Perkara pertama: tentangan dunia terhadap pengikut Yesus..
Egai mulakan dengan beberapa firman Tuhan yer...

  • Matius 10:38  Barangsiapa tidak memikul salibnya dan mengikut Aku, ia tidak layak bagi-Ku.
  • Markus 8:34  Lalu Yesus memanggil orang banyak dan murid-murid-Nya dan berkata kepada mereka: "Setiap orang yang mau mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya, memikul salibnya dan mengikut Aku.
  • Yohanes 15:18  "Jikalau dunia membenci kamu, ingatlah bahwa ia telah lebih dahulu membenci Aku dari pada kamu.
  • Yohanes 15:19  Sekiranya kamu dari dunia, tentulah dunia mengasihi kamu sebagai miliknya. Tetapi karena kamu bukan dari dunia, melainkan Aku telah memilih kamu dari dunia, sebab itulah dunia membenci kamu.
  • Yohanes 17:14  Aku telah memberikan firman-Mu kepada mereka dan dunia membenci mereka, karena mereka bukan dari dunia, sama seperti Aku bukan dari dunia.
  • 1 Yohanes 3:13  Janganlah kamu heran, saudara-saudara, apabila dunia membenci kamu
Ni mula dah lama Egai sedar terjadi kat Malaysia ni...Egai dah lama risau akan benda ni. "Pengikut Yesus akan dibenci dunia": ayat ni dah lama dan sedang digenapi oleh Tuhan. Sebagai pengikut Yesus, Egai dah sedia akan tentangan2 dunia dengan iman dan firman. sama seperti Yesus semasa dicobai iblis di padang gurun...Yesus menentang godaan syaitan dengan firman. Selama ni timbul banyak kes yang dapat kita lihat sendiri seperti 
-pembinaan gereja di Bukit Jalil
-penggunaan perkataan "Allah" di dalam Alkitab bahasa Malaysia
-kes Methodist Damansara Utama
....
mungkin banyak lagi tentangan dunia terhadap pekerjaan Tuhan. Egai percaya Yesus menyertai anakNya dalam setiap pekerjaan/penginjilan sebab janji Yesus kepada kita ialah:

Matius 28:20
dan ajarlah mereka melakukan segala sesuatu yang telah Kuperintahkan kepadamu. Dan ketahuilah, Aku menyertai kamu senantiasa sampai kepada akhir zaman.

-Egai malas nak bahas semua ni daripada segala isi hati Egai. Apa yang Egai nak kita anak Tuhan lakukan adalah terus tekun berdoa dan mengasihi dunia.

Perkara kedua
Sepanjang tahun ni Egai lalui dengan banyak rintangan. Banyak persoalan daripada yang belum percaya namun Egai jawab dengan tenang,dengan firman, dan menjelaskan segala apa yang Egai tahu tentang "apa itu kristen"
Semua nya dalam tangan Tuhan. Egai ada juga menginjil dengan mereka yang masih terkapai mengenali kasih Bapa..masih lemah dalam iman...ada juga dari "bahagian" yang lain. Syukur sebab selama Egai diploma Egai dah penuhi dan pelajari semua tu..penuh dengan pergumulan,penuh dengan tanda tanya untuk mencari kebenaran. Namun bila Egai fikirkan...mengapa perlu mengambil manusia menjadi sandaran jawapan untuk semua itu sedangkan Yesus setia menanti kita bertanya kepada Nya?...haleluya...makin ku cari makin ku temui kasih Bapa.. Haleluya..walaupun pelayanan Egai kira dibelakang tabir..Egai rasa dekat bersama dengan Yesus..dan hubungan menjadi lebih ok....Yesus beserta ku..

Perkara ketiga
Dalam masa berapa bulan ni..mungkin Egai nak menyendiri kejap. mungkin untuk tenangkan diri...nak rehatkan diri daripada semua di sekeliling...tiba masanya Egai nak fokus pada diri hubungan Egai dengan Yesus.nak tinggalkan tanggungjawab untuk pekerjaan di dunia ni kejap dalam masa sebulan dua...
Minta maaf kepada semua kalau ada salah dan silap....

skang dah jam 12.27am....
Dalam masa terdekat ni Egai busy distribute questionnaire...dalam berapa hari Egai akan update blog ni...
So, Tuhan memberkati dan dapat jumpa di masa yang akan datang...kalau Tuhan mengizinkan.. 
Tuhan Yesus memberkati.